Twitter:



Our Location

View iCOMY Consulting Group in a larger map

Statistics

Members : 94
Content : 25
Web Links : 5
Content View Hits : 32665


Program Transformasi Minda (PTM) PDF Print E-mail
Written by Administrator   

 

Program Transformasi Minda (PTM)

 

Surat Pekeliling Perkhidmatan BILANGAN 6 TAHUN 2011 yang mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 2012 menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi selaras dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

 

Tujuan PTM

Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.

 

Objektif PTM

Objektif PTM adalah untuk:

•memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan;

•memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam Perkhidmatan Awam;

•menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

•menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

 

Siapa yang perlu hadir?

Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:

a. pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2012 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam;

b. pegawai lantikan secara lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) pada atau selepas 1 Januari 2012 kecuali lantikan lateral ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi; atau

c. pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.

 

Nota: Pihak kami akan bekerjasama dengan Panel Pengurusan PTM yang dilantik oleh kementerian/negeri/agensi masing-masing bagi menjayakan proram tersebut. Modul adalah mengikut kandungan kurikulum PTM yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Sila hubungi pihak kami untuk sebutharga dan kertas cadangan.

 

 

 

 

 

Secretarial Firm | Accounting Firm | Audit Firm | Tax Firm | Consulting Firm | Gombak |Shah Alam |Petaling Jaya |Klang |Bangi |Melaka
Kuala Lumpur |Selangor |Melaka |Malaysia
.

Translate page:

Contact Us

Contact us now...





Facebook+

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Visitors